top of page

Ketua Sekretariat (Timbalan Pengarah)

amani_edited.jpg

Ketua Sekretariat terlibat secara langsung dalam pelaksanaan SPK IPGM KPM dan pengurusan akreditasi program berdasarkan visi dan misi IPG KPM. Komitmen Ketua Sekretariat adalah seperti berikut:

  1. Mengambil kebertanggungjawaban terhadap keberkesanan SPK dan pengurusan akreditasi program;

  2. Memastikan integrasi keperluan SPK dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dalam organisasi;

  3. Memastikan sumber yang diperlukan untuk SPK dan pengurusan akreditasi program adalah tersedia;

  4. Menyampaikan kepentingan pengurusan kualiti yang berkesan dan keakuran terhadap keperluan SPK serta keperluan MQF;

  5. Memastikan bahawa SPK dan pengurusan akreditasi program mencapai objektif;

  6. Melibatkan, mengarah dan menyokong warga organisasi supaya menyumbang kepada keberkesanan SPK dan pengurusan akreditasi program;

  7. Menggalakkan penambahbaikan berterusan dan pemikiran berasaskan risiko;

  8. Melantik urus setia untuk membantu tugas Setiausaha Sekretariat IPG; dan

  9. Mengadakan mesyuarat Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi (JKPP) IPG.

Setiausaha Sekretariat 

zakiah_edit_edited.jpg
  1. Menyelaras aktiviti audit, pengurusan risiko, pelaksanaan MS ISO 9001: 2015 dan pengurusan akreditasi;

  2. Menyelaras MMKI, penulisan laporan Jawatankuasa MKI dan pengurusan akreditasi program IPG;

  3. Menyelaras dan menyediakan maklum balas terhadap rumusan MMKI/MKSP;

  4. Menganjurkan kursus/bengkel bagi melatih ahli memahami proses dan penyediaan dokumen untuk akreditasi;

  5. Merancang dan menyelaras program berbentuk kesedaran (awareness) berkaitan SPK kepada warga IPG; dan

  6. Menghadiri dan melaporkan hal-hal berkaitan pengurusan kualiti dan akreditasi dalam Mesyuarat Majlis Profesional, pengurusan dan Pentadbiran IPG (MPPPIPG)

Penyelaras Akreditasi

zailani_edited.jpg
  1. Mencadangkan pelantikan ahli jawatankuasa Pasukan Pelaksana Akreditasi IPG;

  2. Menyediakan pelan tindakan bagi proses permohonan akreditasi sejajar dengan pelan tindakan IPGM;

  3. Menyelaras aktiviti Pasukan Pelaksana Akreditasi secara menyeluruh;

  4. Mengurus dan memastikan pangkalan data disediakan dan dikemaskini bagi memenuhi bidang dan standard yang dikehendaki oleh MQA;

  5. Menggerakkan pasukan mengikut bidang masing-masing bagi menyediakan dokumentasi COPPA terkini (beserta bahan bukti);

  6. Menguruskan permohonan secara dalam talian melalui sistem e-Semakan Permohonan MQA;

  7. Menghantar dokumen yang lengkap bagi permohonan akreditasi ke IPGM;

  8. Mengurus lawatan Ahli Panel Penilai (APP) dari MQA; dan

  9. Menyediakan dan menghantar maklum balas hasil laporan panel penilai MQA ke IPGM.

Penyelaras Pengurusan Risiko

norzila2_edited.png
rodzi3_edited.jpg
Tuan%20Nashri_edited.jpg
  1. Mencadangkan pelantikan ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko;

  2. Bertanggungjawab untuk menggalakkan amalan pengurusan risiko yang baik di IPGM/IPG ;

  3. Mengenal pasti risiko dan kesannya, kawalan sedia ada, menilai risiko dan memantau tindakan kawalan risiko;

  4. Menyediakan Laporan Pengurusan Risiko untuk dibentangkan dalam MMKI; dan

  5. Menghantar Laporan Pengurusan Risiko kepada Setiausaha Sekretariat IPG untuk MKSP.

Ketua Audit

  1. Mencadangkan pelantikan ahli Jawatankuasa Audit Dalaman;

  2. Merancang aktiviti tahunan JK Audit Dalaman IPG selaras dengan Jadual Tahunan Audit Dalaman;

  3. Merancang dan melaksanakan Audit Dalaman di IPG;

  4. Menyerahkan dapatan Audit Dalaman kepada Jawatankuasa Penambahbaikan untuk tindakan seterusnya;

  5. Menjalankan audit susulan bagi memastikan tindakan pembetulan ke atas Laporan Ketidakakuran (NCR) dan Peluang Untuk Penambahbaikan (OFI) dilaksanakan;

  6. Menyediakan Laporan Audit Dalaman untuk dibentangkan dalam MKI; dan

  7. Menghantar Laporan Audit Dalaman kepada Setiausaha Sekretariat IPG untuk MKSP.

Penyelaras SPK MS ISO 

  1. Mencadangkan pelantikan urusetia SPK MS ISO;

  2. Merancang aktiviti pelaksanaan MS ISO 9001:2015 IPG;

  3. Menyelaras aktiviti semua jawatankuasa di bawah penyelarasannya;

  4. Menjadi urus setia MMKI dan menyediakan minit mesyuarat MMKI;

  5. Menjadi urus setia bersama dengan Pasukan Audit Dalaman (PAD) IPG dalam pentadbiran aktiviti pengauditan SPK;

  6. Mengumpulkan semua laporan jawatankuasa di bawah penyelarasannya untuk dibentangkan dalam MMKI; dan

  7. Menghantar semua laporan jawatankuasa di bawah penyelarasannya kepada Setiausaha Sekretariat IPG untuk MKSP.

bottom of page